BidTraffic ( Gaji Untuk Blogger) - Click & Join

Friday, August 19, 2011

BESTTTTTTTT Wooooooooooooooooooooooooo....


Ni cerita 2 minggu lepas..Salsa x update g pasal cite ni..harini baru nak update..hoho..alkisahnya seminggu sebelum kene demam campak Salsa ade g tengok wayang..cite ni ingatkan x best sebab poster die ntah cam pape ntah,,tp x de cerita lain..sume dah tgk..so beli la tiket cite ni..Horrible Bosses

Rupenya cite ni best..lawak giler seh..x rugi tengok..cite ni 18 ke atas je leh tgk..Salsa dah 23 ok..hoho..x kisahla kan..tapi mmg best..lawak pecah perot punya la...asyik gelak jer..klu nak tau kene la tgk.. :0

Best rase cam nak tgk lagi jer...hehehe..ni kisah 3 sekawan g ade masalah gn bos diorg..dan terjadi la kisah2 yg x diingini untuk menyeleseaikan masalah mereka ini...banyak lawak dalam masalah diorg ni..iorg ni baik...tp bila dah tak tahan ngan bos masing2..diorg nak wat jenayah plak..tp akhirnya terselmat... :)

  

  


BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA

BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA!!!!


YEAAAAAA....Jom join ! Ben Ashaari nak blog dengan segera tu ! jom click kat sini

(^_^)

Thursday, August 18, 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah


Assalamualaikum semua....

Salsa blog walking n ternampak segmen ni..dengan segera Salsa wat satu post supaya dapat sertai..heee...x susah pun..cara2 nya ada di blog Encik Anif Abdullah..tarikh tutup adalah pada 22.8.2011..semua yang baca entry sebelum tarikh tersebut boleh la join..tapi segmen ni utk blog yg followers kurang dr 500..yerla,nama jer segmen promosi blog..paham2 la yer :)

Nama saya panjang tau..hee..Saya Syarifah Maryam Salsabila Bt Said Alwi..hobi saya plak,saya suka online dan jalan2..dan lagi satu tengok wayang...Saya nak tag kawan baik saya Nur Hafizai..

Yeaa..dengan ini,saya dah sah join segmen di atas..Dengan besar hati saya mengharap kawan2 follow la blog saya ni yer..dan tinggalkan jejak anda sebab saya akan follow balik..ok..thanks En. AA, n thanks utk semua kawan2 :)

Hye kawan2...

Disebabkan Salsa x sihat..Salsa kene duk umah je..x boleh kuar..keje pun dpt MC 1 minggu..tp aritu bos ae kata klu minggu ke 2 pun x sihat lagi,x yah dtg..baiknya la kan bos Salsa..ke takut berjangkit?hahaha..mesti la takut..sape x takut..parah woo..x leh nak wat per..duk umah jer la macam saya ni..

Tapi Salsa ni x leh tido memanjang..klu btl2 x larat,Salsa mmg tido n rest..tapi mcm skrg dah ok sikit..menghadap laptop jer la kejenya..men facebook.tgk blog2 org,kawan2,artis2,dengar radio online,tukar2 status fb,masukkan gambar dan byk lagi..hohoohooh...

Harini Salsa tukar wall n design blog bombastic( mcm ker?haha?) Salsa ni n edit2 sikit..biar nampak lain dari yg dulu..heeee..begini lah hasilnya..ok x korang?


(^_^)

Wednesday, August 17, 2011

Demam campak...uhuk2 :(

Sedihnya..Salsa x dapat gi mana2..duduk kat umah jer..sebab sakit ni la..dah besar2 pun kene jugak..penuh satu badan gatal2..x tahan tol..dengan demam,sakit tekak,n mcm2 g la..Salsa x tau dari mana Salsa leh dpt penyakit ni..nak kata berjangkit xde pun sesape yg kene..X tau nak kata la..terima jer ni..

Salsa dapt MC 1 minggu..Doctor kata rest banyak2..cuti best la jugak..tp bosan la duk umah jer..Salsa ni bukannya tahan asyik duk umah jer..ni terpaksa la sebab sakit..mmg x selesa sangat mengidap penyakit ni..x tau la brape lama boleh sihat..sedih tol..

keadaan yg menyedihkan
 Salsa disuruh banyak minum air kelapa dan makan ubat ikut waktu..mmg dugaan tol..dah la bulan pose plak kene..mmg x dapat la nak puasa..x larat badan ni..lemah jer..n sakit2..gatal2..macam2 ade..hope Salsa cepat sihat dan dapat berpuasa semula..x dapat la tunaikan hajat puasa penuh Ramadhan ni..terpaksa ganti di lain bulan.. :(
air kelapa kene minum byk
kene slalu mkn ubat
Ni hanya sebahagian dari ubat yg Salsa dapat dr Doctor,ada g panadol,ubat untuk dalam mulut, dan bedk sejuk untuk sapu pada bintik2 di badan..uhuk2...Doakan Salsa cepat sembuh yer kawan2..

dddvsvsvjbknngkxqwszwszsazqwXZXZSAA :(

Sunday, August 14, 2011

Jalan TAR..



Salsa harini rajin sikit..mengupdate blog yg lama @ x brapa lama x update..haha..pape jer la..ni nak cite pasal jalan2 n shopping kat Jalan Tar KL..mesti semua dah tau kan jalan Tar mmg femes utk beli barang2 perayaan, baju, kasut, beg, tudung dan macam2 lagi..makanan pun ade...Tapi puasa kot..mane leh beli makanan...heeee..Salsa g ngan membe..x plan pun nak beli pape..just nak jalan2..tp bila nampak baju, selendang , kerongsang yg cantik2, tangan ni mula la gatal nak membeli.hoho..x dpt ditolong..

Hasil hari Sabtu 13.8.2011,Salsa telah membeli 2 baju raya,kerongsang(style campur2)...dan selendang..hoohoho..tu belum termasuk bende kecik yg ternampak n cam tertarik utk beli..heee..banyak gak la RM habis utk hari tu sahaja....tapi x pe la,puas hati sangat..akhirnya ade gak baju baru utk raya t.. (^_^)

Nak dibawa cerita,hari Sabtu tu mmg ramai sangat manusia..macam semut jer klu tgk dr jauh..sebab ramai sangat la..nak jln pun ssh..nak wat camne..mmg tu la tempat tujuan org ramai utk beli barang2 dgn harga yg berpatutan dan kualiti yg boleh dikatakan bagus :) enjoy the pic

 

  



  
 
  

  

Pudu raya berwajah baru..

  

Semalam first time Salsa g pudu raya selepas siap diubah suai..mmg cntik..dah macam airport....kat bawah ni Salsa upload gambar2 setelah diubah suai dan sebelum..sangat berbeza..rasa sangat berbangga sebab puduraya dah x macam dulu yg sgt2 crowded..skrg cam tenang jer g sana..dah di asingkan bahagian2 seperti :-

Tingkat 1 = ruangan menunggu..
Tingkat 2 = kaunter tiket
Tingkat 3 = surau kot (x sure)
Tingkat 4 = medan selera


sebelum
selepas
sebelum
selepas
sebelum
selepas


Facilities
Nett Lettable Area  (NLA): 181,324 sqft
Description: Bus Terminal / Business Space / Office / Hotel
Total Lots: 175 lots – businesses
16 lots – offices
102 lots – ticket counter/ 23  platforms
1 hotel
10 teksi/ telecommunication/ store/car wash
Number Of Parking Lots: 383  Lots
Number Of Motorcycle Lots: 123 Lots
Current Available Types Of Business: Food Stall, Titbits, Kiosk,  Retails, Book Store, Office,  Services, Salon, Internet Cafe, Tailor.
TERBAIKKKKK kan hasil ubah suai ni..mmg sangat berbeza sebelum dan selepas pengubahsuaian..hoho..korang2 yg ade kat KL leh la gi sana utk tgk2 perubahan yg berlaku..x rugi pape pun... :)

Friday, August 12, 2011

Bersahur cara Rasulullah dan Fadhilat2 bersahur



Rasulullah s.a.w. amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w., Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1923)


Maksud keberkatan itu ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, keberkatan sahur itu diperoleh melalui amalan mengikuti sunah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadat serta menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar.


Selain itu, ia menjadi sebab untuk orang yang berpuasa bersedekah kepada orang lain, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur. (Rujuk al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 120)


Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadat puasa orang Islam dengan ibadat puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).


Sabda Rasulullah s.a.w.: Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur. (Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no. 643)


Ibadat sahur adalah ibadat yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur.


Oleh itu, Nabi s.a.w. amat menitikberatkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda Baginda s.a.w.: Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur. (Riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no. 10664)


Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w.:


Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit. (Riwayat Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1919)


Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu sehingga azan Subuh sedang dilaungkan.


Firman Allah s.w.t.: Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib). (al-Baqarah: 187)


Adalah disunahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a. berkata, “Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian aku pun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.” (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1920)


Kadi Iyadh r.h. berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.” (Dinukil daripada Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 114)


Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat Subuh dikumandangkan.


Menurut Anas r.a., Zaid bin Thabit r.a. berkata, Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w., kemudian Baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: “Berapa lama antara azan dan sahur?” Baginda menjawab: Kira-kira (membaca) lima puluh ayat. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1921)


Hadis ini digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah 10 minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak boleh lagi makan dan minum.


Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut ialah Rasulullah s.a.w. langsung mendirikan solat Subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w. memulakan dan mengakhirkan sahur Baginda.


Antara hikmah mengakhirkan atau melewatkan sahur adalah:


1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk bersahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.


2. Mengakhirkan bersahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat berasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya

Sunday, August 7, 2011

Video untuk hari kemerdekaan- by matlutfi

Respect kat Matlutfi.leh ade idea camni..terbaekkk...suke la die ni..hehe...Salsa nak join ke tak ek?cam segan jer..x tau lagi la..tgk la keadaan..tapi wat masa ni mungkin x kot..hhehehe..buat korang2 semua..join la yer....memeriahkan lagi rancangan or vlogg Matlutfi ni.. :)

Semangat kemerdekaan dan Semangat Aidilfitri yang jatuh pada hari yg sama..kalau Salsa x silap la..heee..
vlogg tu kene made by Malaysian..x kira melayu,china,india,tua,mude,masih belajar,sudah bekerja,suke kuning,suke merah,warna warni,buta warna,mengundi kerajaan,mengundi pembangkang,undi rosak,belum berkahwin,sudah berkahwin,sedang melahirkan anak,semua orang boleh sertai..Paling penting SMILEEEE... (^_^)



p/s : 31 Ogos tarikh yg bermakna bagi Salsa coz anniversary with bf..heee..kitorg start kenal satu sama lain dgn lebih rapat (couple la kot) 31 Ogos 2009..akhir bulan ni,masuk tahun ke 2 kitorg couple..hheeee...like like..doakan semoga hubungan kami berkekalan hingga ke jinjang pelamin.. :)

Jangan lupa niat yer..

Niat puasa dan doa berbuka dari upin dan ipin..sangat sesuai untuk ajar budak kecik berniat dan doa berbuka..bgs katun ni..leh berhibur sambil belajar..
suke tgk katun yg comey ni..heeeee :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...