BidTraffic ( Gaji Untuk Blogger) - Click & Join

Friday, February 26, 2010

Salam Maulud Nabi - Nabi Muhammad juga bergurau.

Contoh 1: Seorang wanita beritahu Nabi tentang hal suaminya begini dan begini. Kemudian kata Nabi (* dalam bahasa pasar orang Melayu): “Ooo… suami kamu yang mata dia ada putih-putih tu kan?” Wanita itu terkejut lalu berkata: “Eh, mana ada. Mata suami saya biasa je macam mata orang lain.” Jawab Nabi: “Betul le tu. Kan ke mata setiap manusia mesti ada bahagian yang putih.” Mereka pun tersenyum.

Contoh 2: Nabi Muhammad dan Saidina Ali makan beberapa biji buah kurma. Apabila habis, Nabi Muhammad meletakkan biji-biji bahagiannya di tempat biji-biji yang dimakan oleh Saidina Ali. Kemudian kata Nabi (* dalam bahasa pasar kita): “Ish ish ish Ali! Engkau makan sebegitu punya banyak kurma. Tengok, berapa banyak biji yang ada kat depan engkau.” Saidina Ali yang bijak membalas gurauan Rasulullah dengan berkata: “Tapi, engkau lagi dahsyat ya Rasulullah. Tengok, dengan biji-biji sekali engkau makan (kerana di depan Rasulullah dah tak ada biji kurma lagi).”

Contoh 3: Rasulullah hendak menaikkan seorang wanita ke atas unta sebagai kenderaan (*kalau tak silap Saidatina Aisyah). Kata Nabi (dalam bahasa pasar kita): “Aku nak naikkan engkau ke atas anak unta.” Jawab wanita itu: “Mana boleh naik anak unta. Tentulah saya kena naik unta dewasa.” Balas Nabi: “Betul le tu. Kan ke unta dewasa tu pun anak kepada seekor unta jugak dulu.”

Tergelak jugak membacanya. Ia menunjukkan di sebalik kemaksuman Rasulullah S.A.W, baginda sebenarnya masih hidup dalam norma manusia biasa. Ini satu teladan yang baik kerana ia mengajar kita bahawa adalah tidak mustahil untuk kita dapat mencontohi dan meniru keperibadian mulia baginda tanpa perlu ‘diangkat’ menjadi nabi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...