BidTraffic ( Gaji Untuk Blogger) - Click & Join

Wednesday, December 29, 2010

Kehidupan awal Semester di USM..


Masuk sem ke 4 kat USM..setelah 6 bulan lepas practical..Minggu pertama bz ngan daftar subjek..pe yg dirancang semua berubah..sedih2..redha jer..mungkin ade hikmah disebalik apa yang terjadi..

Awal2 ni rase nak balik rumah jer..ntah la..x de mood nak duk sini..hmm..kene study..da 7 bulan kot x buka buku tebal2..hehe..so mood pun x de utk study ni...tp kene gak kuatkan diri menempuh segala yg bari sem ni..Berniat utk menaikkan pointer sem ni..hope everything ok..

Dapat hostel yg jauh plak..x dpt nak tukar hostel dlm kampus.senang sikit nak g kelas..lagi2 kels pagi..huhu..k la..len kali sambung g..Nak update blog pun x ada mood lagii ni..huhu..

bubye,,slm

Thursday, December 23, 2010

Daftar subjek..online..

Ahad ni kul 10am bas ke Penang..uhuk2..dah x lama gi dah..kene tinggalkan Kuala Lumpur yg ku sayangi..sedih2..wat sementara berjauhan la nampaknya ngan my family,my luv,my home,my shopping complex (ceh ceh)..my city,my life, n semuanya...Nak masuk sem ni kene register online dulu..Baru semalam daftar subjek untuk sem ni kat Healthy campus USM.Yang mana x leh daftar kene g kat computer science school ari isnin depan. Jumpa korg semua kat sana ye kawan2 semua..rindu korg semua..heee 


ni nak taruk gambar tp x leh plak..internet slow..len kali la..Hmm..x de pe nak kata la dah...just nak update blog jer..haha..Bubye Kuala Lumpur..Welcome Pulau Pinang..

Cara hidup baru,rutin baru,kawan baru,problem baru,kenangan baru,bilik baru,kelas baru,buku baru..semua baru la..hahaha..

tata..continue len kali :)

Friday, December 10, 2010

Menghitung hari..


Dah dekat kene balik Usm dah...menghitung hari..lagi 2 minggu je..pastu dah kene balik Penang..alooo..malasnya nak lik Penang ni..tapi kene gi gak..klu x,nnt x leh habiskan study..Tiket bas dah beli dah awal2..takut last minit tiket habis plak kang..maklumla,time tu krismas,mungkin ramai yg nak holiday n jalan2.

Barang2 satu pun Salsa x kemas lagi..hahhaa..biar la..nnt shari nak gerak g Penang baru la kemas..x de mood nak mengemas awal2..heee

Hope next sem i can do better in my study..nak kene naikkan pointer ni..huhu..wish me luck..
Salsa kene la terima hakikat bahawa Salsa kene balik Penang..haha..
Welcome to Penang..setelah lebih kurang 7 bulan meninggalkan negeri itu..akhirnya daku kembali lagi..ceh ceh ceh..

ok..sampai sini dulu..tata..

Thursday, December 2, 2010

Mengendalikan Amarah





Assalamualaikum Wr.Wb

"Sesungguhnyaa marah itu bara api yang dapat membakar lambung anak adam. Ingatlah bahwa sebaik¬baik orang adalah orang yang melambatkan (menahan) amarah dan mempercepat keridhaan, dan sejelek¬-jelek orang adalah orang yang mempercepat amarah dan dan melambatkan ridha" (HR. Ahmad dari Abu Sa' id al-Khudriy)

Ketika emosi dan amarah memuncak maka segala sifat buruk yang ada dalam diri kita akan sulit dikendalikan dan rasa malu pun kadang akan hilang berganti dengan segala sifat buruk demi melampiaskan kemarahannya pada benda, binatang, orang lain, dll di sekitarnya.

Banyak orang bilang kalau menyimpan emosi secara terus-menerus dalam jangka waktu yang lama dapat pecah sewaktu-waktu dan bisa melakukan hal-hal yang lebih parah dari orang yang rutin emosian. Oleh sebab itu sebaiknya bila ada rasa marah atau emosi sebaiknya segera dihilangkan atau disalurkan pada hal-hal yang tidak melanggar hukum dan tidak merugikan manusia lain.

Beberapa ciri-ciri orang yang tidak mampu mengandalikan emosinya :

1. Berkata keras dan kasar pada orang lain.
2. Marah dengan merusak atau melempar barang-barang di sekitarnya.
3. Ringan tangan pada orang lain di sekitarnya.
4. Melakukan tindak kriminal / tindak kejahatan.
5. Melarikan diri dengan narkoba, minuman keras, pergaulan bebas, dsb.
6. Menangis dan larut dalam kekesalan yang mendalam.
7. Dendam dan merencanakan rencana jahat pada orang lain. dsb...

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwa ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam : “Berilah aku wasiat”. Beliau menjawab, “Engkau jangan marah!” Orang itu mengulangi permintaannya berulang-ulang, kemudian Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Engkau jangan marah!” [HR al-Bukhâri]



BAGAIMANA MENGOBATI AMARAH JIKA TELAH BERGEJOLAK?


Orang yang marah hendaklah melakukan hal-hal berikut:

1. Berlindung kepada Allah dari godaan setan dengan membaca:

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

Aku berlindung kepada Allah dari godaan setan yang terkutuk.

2. Mengucapkan kalimat-kalimat yang baik, berdzikir, dan istighfar.
3. Hendaklah diam, tidak mengumbar amarah.
4. Dianjurkan berwudhu.
5. Merubah posisi, apabila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, dan apabila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring.
6. Jauhkan hal-hal yang membawa kepada kemarahan.
7. Berikan hak badan untuk beristirahat.
8. Ingatlah akibat jelek dari amarah.
9. Ingatlah keutamaan orang-orang yang dapat menahan amarahnya.

Wallâhu a’lam.



Marah Boleh Menyebabkan Penyakit Jantung Koronori?



      Saintis mengatakan, kemarahan mungkin ada kesan langsung ke atas jantung dan salur darah (arteri). Emosi negatif seperti marah cepat meningkatkan tindak balas badan apabila menerima tekanan. Jika rangsangan sentiasa diberi, kesan ke atas jantung dan salur darah berlarutan.

Apabila dalam keadaan tertekan, badan menghasilkan hormon tekanan. Dalam keadaan biasa, hormon ini diperlukan untuk menolong kita dalam jangka masa pendek jika menghadapi krisis. Bagaimanapun, jika kita kerap marah, paras hormon tekanan ini meningkat.

Hormon tekanan yang berlebihan mempercepatkan proses aterosklerosis iaitu pengumpulan plak lemak pada dinding salur darah yang akhirnya membuatkan salur darah tersumbat; yang seterusnya boleh mengakibatkan penyakit jantung koronari (saluran darah tersumbat) dan serangan jantung.

Selain kesan biologi, kesan ke atas gaya hidup juga penting. Mereka yang mudah marah mungkin tidak dapat menjaga diri dengan baik.

Mereka lebih berkemungkinan untuk merokok, mempunyai pemakanan tidak baik dan seimbang, jarang melakukan senaman dan meminum alkohol berlebihan. 

Semoga bermanfaat..

Wassalam...

Monday, November 29, 2010

Rutin harian yg sgt membosankan.

Rutin harian ku..

Tengah hari camtu pegi kedai tolong parent..makan,pastu balik rumah..tidoo..pastu bangun,makan,tido.haha...tu la makin gemok tu..hahaha..asyik makan tido jer...nak kurusssss....aduiii...keboringan yg terlampau tol semenjak dua menjak ni...
Malam plak slalunya tgk movie..layan citer2 dr external hard disk my bro..die byk cite2 ambik dr membe2 die..dah macam2 cite dah tgk..cite melayu,hollywood,bollywood,cite seram jepun,kartun,macam2 lagi la..haha..

Harini,belah malam g shopping kat Tesco Mutiara Damansara,beli barang2 keperluan rumah dengan my parent..alang2 shopping,g isi borang utk kerja part time kat situ..mane la tau dapat ke..hehe..x dapat x pe..klu dapat leh la keje sekejap sebelum masuk sem nnt..macam2 la beli barang..yg x boleh blah..byk tol roti kitorang beli..yela,kalau dah malan roti murah,discount 70% tu..banyak la borong roti cth2 roti donut,roti pizza,roti keju,roti kismis,macam2 roti la.. :)

Tu je la utk arini...tata..


Saturday, November 27, 2010

Hakikat seorang wanita





"_ HAKIKAT WANITA _" 

(saat terluka)

kerana aku seorang wanita
aku ingin dihormati selayaknya
aku ingin dihargai sebaiknya
aku ingin disayangi selembutnya
aku ingin dikasihi seadanya

kerana aku seorang wanita
aku punya harga diri walaupun aku lemah
aku punya kekuatan walaupun dalam kerapuhan jiwa
aku punya perasaan walaupun sering terluka
aku punya kesabaran walaupun aku tercalar
aku punya kasih walaupun sering melara jiwa

kerana aku seorang wanita
aku sering di perlecehkan
aku sering di sakiti
aku sering di lukai aku sering di lupakan
aku sering di abaikan

tapi satu perkara adam sering di lupakan
kerana wanitalah binasanya adam
kerana wanitalah dunia bergolak
kerana wanitalah indahnya kehidupan
kerana wanita jugalah ilham tercipta
kerana wanitalah

kerana aku seorang wanita
aku di anugerahkan dengan kelembutan bukan kekasaran
aku di anugerahkan dengan kesabaran walaupun di himpit kehidupan
aku di anugerahkan dengan penuh kasih sayang walaupun sering di khianati

hanya...kerana aku seorang wanita...
inginkan kejujuran bukan kepalsuan
inginkan kebahagian bukannya penderitaan
ingin dihormati bukan dikasari
ingin di sayangi bukan di lukai...

Ini Adalah Jeritan TAngisan Saat KAu HAWA Di SaKiti ...

Kepada kaum hawa, semoga dapat hikmah dlm puisi ini..Walaupun kita lemah tapi kita harus "tegar" dengan pelbagai masalah.  
Karena Nabi Muhammad saw Memuliakan Wanita Sholehah ..amien

Thursday, November 25, 2010

Nombor Kod Negeri Kelahiran Dalam Kad Pengenalan Malaysia

IC yang kelakar..haha..
Mr Bean org Malaysia rupenya.hehe..


 Kod  Negeri: 

01,21,22,23,24         Johor
02, 25, 26, 27           Kedah
03, 28, 29                 Kelantan
04, 30                      Melaka
05, 31, 59                 Negeri Sembilan
06, 32, 33                 Pahang
07, 34, 35                 Pulau Pinang
08, 37, 38, 39           Perak
09, 40                      Perlis
10, 41, 42, 43, 44      Selangor
11, 45, 46                 Terengganu
12, 47, 48, 49            Sabah
13, 50, 51, 52, 53       Sarawak
14, 54, 55, 56, 57       Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
15, 58                       Wilayah Persekutuan Labuan
16                            Wilayah Persekutuan Putrajaya
88                            Polis
99                            Tentera  

Monday, November 15, 2010

Roti Tisu..Kota Damansara


Selama dok kat damansara ni,x pernah tau ada roti tisu besar ni..hahaha..pe la kan..
Semalam membe lama Salsa dtg damansara nak jumpa..so bw la makan kat salah satu kedai mamak kat area kota damansara..Salsa x nak mkn berat2 coz dah mlm..so teringat la nak order roti tisu..bila sampai jer..ape bende la yang besar bebenar ni..rupenya pe yg mamak tu bawa ialah kitorg nya order...besar giler..nipis je..baname je roti tisu kan,,,nipis cam tisu la.hehe..rase die sedap gak la.. :)

Tuesday, November 9, 2010

Tengok Wayang..yg tgk minggu lepas..huhuhu

Ni la sume cite yg Salsa dah tengok sepanjang dua minggu ni..hehehe..Gila wayang tol salsa ni..mmg x leh dinafikan lagi.x sangka,banyak gak movie now showing yg salsa dah tengok...hahhaha..terok2..mcm mane la nak jadi wanita solehah ni..asyik x reti dok umah jer..hehehe...ni nak cite pe movie yg salsa dah tengok..

Unstoppable

Unstoppable..Movie ni best..cite pasal keretaapi yg x dapat diberhentikan sebab x de driver yg drive..dua hero yg dlm gambar tu yg menyelamatkan keadaan yang huru raya.

Megamind

Megamind..tgk 3D..best la..cite die unpredictable..cartoon yg best..cerita cam superman la..baby dr angkasa la kononnya utk selamatkan bumi..ceh ceh..enjoy the 3D..huhu..cam betol jer..hehe

Takers

Takers..cite ni pun best gak..kisah tentang sekumpulan penjahat merompak bank.and polis yg nak tangkap diorg,tapi x dapat..hehehehe..biase la..cite ni ending ngan sume penjahat mati..ade la idup 2 org jer..yg len kene tembak..polis tu pun terselamat.ade 2 polis,satu gi kene tembak n x dpt diselamatkan..overall..best gak la..
The Other Guys

The Other Guy..yang ni pun best gak,cite pasal 2 hero yang selamatkan keadaan..kire cam polis la..slalu 2 hero ni la yg slmtkan negara dr segala jenayah..camne ntah,boleh plak diorg gi terjun bangunan..konon nak selamatkan penjenayah la..punya la confident..lawak..pastu jatuh mati..hahaha..the x de lagi hero kat tempat tu..pastu muncul la 2 org lagi yg cube slmtkan negara tu dari jenayah..last2 diorg la yg ganti 2 hero tu..huhu..

Rise of the Mummy

Adele:Rise of the Mummy..yg ni ok la..mule2 mmg bosan tgk cite ni..cam nak tido..dah tgh2 n last2 tu best la gak..mummy hidup balik..lawak gak la..coz cite ni lawak..x la seram mane pun..tu je la..yg ni x tau nak cite sgt..uhuhuhu...

Next week,x sabar nak tgk harry potter plak...hehehe..



Sunday, November 7, 2010

Friday, November 5, 2010

Deepavali = public holiday...

First : Happy - Last : Sad

Akhirnye,,ice skating at Sunway Pyramid with him...setelah sekian lama x skate...akhirnya Salsa men gak...enjoy je..so funny..asyik nak terjatuh jer...bersusah payah mengelak dr jatuh..tp x dpt dibendung..jatuh gak..hahaha..lawak..sakit tol jatuh mengejut,sbb x pandai kawal badan...lebam kot lutut..nasib bek x berdarah..huhu..x pe la..janji enjoy..Azzam plak cam tere je die main,dlm hati berkata2,pak cik ni x jatuh2 plak..bgus tol..haha

Pas dah penat,kitorg tgk wayang cite terbaru..Unstoppable..best cite tu..awal2 agak membosankan..tp pastu best..hmm..pe gi nak cite ek..x de pe dah la..tu jer..pas tu jenjalan jap..then balik..

Tu yg happy la..
Yang sad plak..

Tadi sesaje je nak gi timbang berat kat mesin timbang yg berbayar kat shopping complex td..x ku sangka berat ku dah bertambah..naik byk sgt dr dulu kot..sad la..dulu nak sgt kurus,dah kurus da sikit duk kat USM..balik KL balik jadi gemok balik...eeee...x suke,x suke,dah la ssh nak kurangkan berat..x ku sedar..berat badan ku sebegitu rupa...

Waaaaaaaaaa...so sad..nak kene duk kat Penang gi utk kurus ke..mcm mane la ni..hope pasni x naik lagi..mcm mane la nak kurus balik..mmg ssh..lagi2 duk kat umah..makan jer..hmmm...kene motivasi diri nampaknye ni....huhuhu..

Esok plak,plan baik punya...duk umah je la...hahaha..

Thursday, November 4, 2010

My last day practical...

Today...

Last day practical..duk office je...siapkan log book dan start wat report..dalam mingu depan nak kene hantar dah..Hantar Timesheet kat CareerXcell..pastu online n wat keje..Harini balik awal..coz x de wat pape..sume dah siap..balik la..next week,naik pangkat jadi staff..hehe..temporary staff jer..selama lebih kurang 2 bulan..nnt dah nak balik USM,benti la..continue today nya story..

Balik td terus gi karaoke kat Red Box The Curve Damansara with my 'hero',ceh ceh..haha..lama tol dah x nyanyi2 lepaskan tension..kebetulan plak Azzam balik KL,suh la die blanja..keh keh keh,,,(jahat tol)..mcm2 lagu la nyanyi..hehehe..dah x de suara dah..hahhaha...

Pastu kitorg g jenjalan kat Times Square,Sungai Wang,Plaza Lowyat n Lot 10..jln2 kat KL..hahaha...sesama kepala giler2..jalan sakan...ramai tol manusia kat sana..pastu mkn kat KFC,nak cari Pizza Hut,tp x dpt..x ingat kat ne..so dah nampak KFC,masing2 da lapar..mkn jer la..bila dah boring n penat,kitorg balik la,...Tapi x balik g tu..singgah jap kat Up Town Damansara plak..shopping2,tgk2 barang..haha..Azzam dapat beli satu kasut,Salsa plak..beli satu tudung..fesyen baru tu..hahhaha...bila la nak pakai tudung baru ni..hahaha...

Tomorrow plak,planning nak g Sunway Pyramid,kitorg nak g main ice skating..eh tol ke eje tu..x tau la..anggap jer la betol ek..hahah..x sabar nak tunggu esok..dah lama giler kot x main bende tu..agaknya..last main time skola rendah..hahahah..bukan nye reti sgt pun..tp excited nak gak main..x kisah la..hahahaha...Pastu nak tgk wayang la..nak tgk latest movie in cinema..hehehehe. *luv u so much my luv..really happy with u..hehehe..

K la..nak tido dah..x sabar nak tunggu esok..tata..Slm

Tuesday, November 2, 2010

Banyak tol salesman nya handheld yg kene wat...

Rase cam beban jugak kerja ni..sume kene wat sampai tol2..ade problem kene cube sedaya upaya untuk solve kan..if mmg tol tol x boleh baru la tanya bos..hhmm..pening pala tol hari ni...ade je la handheld yg hang la..x de data kat dlm la..x leh on la..macam2 gi la..untuk sape yg x tau,handheld tu lebih kurang cam hp pda..die nye function cam komputer gak la..ala desktop n len2 la gak..cume die kecik je..salesman sume kene pakai handheld untuk key in sales order,market return,and macam2 gi la..so team salsa kene install new system kat dlm handheld tu...

Salesman kat sini ade 50 sumenya..byk giler..sebelum2 ni dlm 8 or 10 or 15 org je camtu..ok la gak..ni yg kene kat tempat ni ambik ko..50 skali..tp kitorg wat ansur2 la..siapkan dulu 15 dulu then sambung2 esoknya..Distributor kat sini org die x ramah,bosan gak la..sume wat hal masing2..wat la keje masing2..so boredddd...

Jap g baru leh balik..hmm..benci,asyik balik lambat jer..esok pepagi kene dtg sini gi..nasibla salsa tinggal sehari je la travel ni..Alhamdulillah,pastu bos atas ambik keje as a staff kat office tingkat 17 plak..so x yah la travel2 camni lagi..hope pasni leh balik umah awal slalu..hehehe..

To be continueee.....hehehe...

Sunday, October 31, 2010

Setelah sekian lama tak update blog..kehidupanku selama 6 bulan lepas..

Hye kawan2..

Lama dah x update..da dekat 9 bulan..huhuuhu..From now on nak update slalu la..hehe..(konon)..For the past 6 month,salsa wat practical kat Nestle Product Sdn Bhd,Mutiara Damansara,dekat sebelah the curve..dpt tempat kat level 24 tu..tinggi tu..hehe..best..coz time lunch leh g jenjln n mkn kat the curve..hehe..ingat practical duk kat office jer..tekejut gak bila dapat tau kene travel area KL region for implement DMS1.which is new Nestle system n implement to all distributor...

At the first time,parent x bagi..dapat halangan la..salsa kan x de kete,nak g jejauh ni.lagipun x kan practical dah kene wat keje cam staff..betol gak kata parent ,tp syg plak nak tolak peluang ni..hhmm..ntah la..then bgtau kat HR yg nak benti practical or klu boleh nak tukar bahagian..pastu sume yg terlibat dlm travel dah kecoh salsa nak benti..Bila jumpa bos,die pelik n mcm x suke..sape suke staff nak benti..salsa pun x suke..tp parent yg suruh..terpaksa la..pastu x lama pastu HR nak jumpa salsa..ade 2 org jumpa salsa..kat meeting room..ingat lagi,kat tingkat 20,they advice me to think first..diorg nasihat la..yg salsa nak lepaskan peluang yg ssh nak dapat,n diorg suh pujuk parent tol-tol..jgn ambik tindakan tergesa-gesa..diorg bagi mase semingu untuk fikir n pujuk parent.

On the same day, bila dah sampai umah terpikir la nasib hidup..dan macam mane la nak pujuk parent,so sad dlm minggu tu..mmg mcm2 cara wat utk pujuk parent..satu hari tu,my dad setuju..gembira tol..tp my mom belum lagi..lama kelamaan my mom kecian kat salsa kot,sebab salsa asyik tanya jer..dlm beberapa hari camtu ,dapat berita gembira..YEAAA..my mom dah bagi izin..alhamdllh..dpt gak cari pengalaman implement system baru n travel around,,hehe..

Best gak travel ni, sebab semua company tanggung,makan,minyak kete,broadband,penginapan,sume dapat claim,slalunya dalam sebulan sekali balik office kat Damansara utk wat claim.Salsa slalu claim makan n broadband jer..klu ade teksi ke hotel ke salsa claim gak tp x slalu..minyak kete x claim la sebab x bawa kete pun..tumpang kerete my fren yg sama tugas n staff Nestle..perkenalkan name die Cik NorBaizura,yang bakal menjadi Puan x lama g..hehee..yang dah byk tolong salsa..Terima Kasih banyak ye Cik Nor..hehehe..luv u..

Dipendekkan cerita skrg salsa dah g 12 distributor Nestle semuanya..Alhamdulillah,semua berjln lancar..
n tinggal seminggu je lagi nak habis practical..Sepanjang practical ni byk pengalaman suke dan duka,dan kenal ramai org yg pelbagai ragam n bangsa.Kire byk gak la tempat yg salsa dah gi..penat duk dlm kete lelama..nasib baik x drive..Baizura la yg lebih penat sebab die yg drive,salsa nak drive ganti die tp die x bagi..hehe..bila jln jem..mmg lenguh la kaki duk dlm kete lelama..huhu..radio n lagu2 la jadi peneman kami..ni belum cite pengalaman kat Distributor...lagi la mcm2 hal..tp x yah la cite..kang panjang giler plak karangan ni..hhehehe..

Bende yg kene wat..first day,team leader perkenalkan system tu kat distributor n bgtau nak ubah system diorg,pastu setting dlm system baru,pastu set handheld salesman punya,pastu ajar admin gune system,ajar salesman gak..solve problem n more..sume tempat la kene wat camtu..penat gak la..yg paling x suke klu ajar org yg byk tanya..hahah...jenuh nak jawab..

Ni la senarai tempat n distributor Nestle yg salsa dah gi..ade 12 semua..

List of Nestle Distributor :



1. Thong Guan,Kepong
2. Wong Loong Cheong,Tanjung Malim,Perak
3. Hoe Seng,Klang    
4. Kwang Sang,Bentong,Pahang
5. Sg.Ujong Setor,Senawang,Seremban    
6. Leong Loong Chan,Kuala Selangor
7. Sin Chan Huatt ,Banting
8. Sri Sakti Sdn Bhd,Sg. Buloh
9.Tee Siang, Balakong
10.Hiap Hong, Port Dickson          
11.Wong Loong Cheong,Klang
12.Thong Thye Siang,Klang







Friday, February 26, 2010

Salam Maulud Nabi - Nabi Muhammad juga bergurau.

Contoh 1: Seorang wanita beritahu Nabi tentang hal suaminya begini dan begini. Kemudian kata Nabi (* dalam bahasa pasar orang Melayu): “Ooo… suami kamu yang mata dia ada putih-putih tu kan?” Wanita itu terkejut lalu berkata: “Eh, mana ada. Mata suami saya biasa je macam mata orang lain.” Jawab Nabi: “Betul le tu. Kan ke mata setiap manusia mesti ada bahagian yang putih.” Mereka pun tersenyum.

Contoh 2: Nabi Muhammad dan Saidina Ali makan beberapa biji buah kurma. Apabila habis, Nabi Muhammad meletakkan biji-biji bahagiannya di tempat biji-biji yang dimakan oleh Saidina Ali. Kemudian kata Nabi (* dalam bahasa pasar kita): “Ish ish ish Ali! Engkau makan sebegitu punya banyak kurma. Tengok, berapa banyak biji yang ada kat depan engkau.” Saidina Ali yang bijak membalas gurauan Rasulullah dengan berkata: “Tapi, engkau lagi dahsyat ya Rasulullah. Tengok, dengan biji-biji sekali engkau makan (kerana di depan Rasulullah dah tak ada biji kurma lagi).”

Contoh 3: Rasulullah hendak menaikkan seorang wanita ke atas unta sebagai kenderaan (*kalau tak silap Saidatina Aisyah). Kata Nabi (dalam bahasa pasar kita): “Aku nak naikkan engkau ke atas anak unta.” Jawab wanita itu: “Mana boleh naik anak unta. Tentulah saya kena naik unta dewasa.” Balas Nabi: “Betul le tu. Kan ke unta dewasa tu pun anak kepada seekor unta jugak dulu.”

Tergelak jugak membacanya. Ia menunjukkan di sebalik kemaksuman Rasulullah S.A.W, baginda sebenarnya masih hidup dalam norma manusia biasa. Ini satu teladan yang baik kerana ia mengajar kita bahawa adalah tidak mustahil untuk kita dapat mencontohi dan meniru keperibadian mulia baginda tanpa perlu ‘diangkat’ menjadi nabi.

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Sunday, January 31, 2010

Percutian di Batu Feringgi

Best memory bersama students Computer Science USM..

30.1.2009(2.45pm)- gerak ke batu feringgi dari usm..
-macam2 aktiviti(best2)
-yg paling best dpt mandi laut..haha..lama x mandi laut..
-bbq,semua bergotong-royong..bagus2
-mlm tido lambat coz aktiviti lmbat habis
-layan perasaan tepi pantai..huhu

31.1.2009(12.30pm)-balik usm (macam2 hal jadi,ada yang tayar pancit..ada yang hilang kunci..ada gak org yang hilang.haha..klaka..)


Batu Feringgi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...