BidTraffic ( Gaji Untuk Blogger) - Click & Join

Saturday, November 27, 2010

Hakikat seorang wanita





"_ HAKIKAT WANITA _" 

(saat terluka)

kerana aku seorang wanita
aku ingin dihormati selayaknya
aku ingin dihargai sebaiknya
aku ingin disayangi selembutnya
aku ingin dikasihi seadanya

kerana aku seorang wanita
aku punya harga diri walaupun aku lemah
aku punya kekuatan walaupun dalam kerapuhan jiwa
aku punya perasaan walaupun sering terluka
aku punya kesabaran walaupun aku tercalar
aku punya kasih walaupun sering melara jiwa

kerana aku seorang wanita
aku sering di perlecehkan
aku sering di sakiti
aku sering di lukai aku sering di lupakan
aku sering di abaikan

tapi satu perkara adam sering di lupakan
kerana wanitalah binasanya adam
kerana wanitalah dunia bergolak
kerana wanitalah indahnya kehidupan
kerana wanita jugalah ilham tercipta
kerana wanitalah

kerana aku seorang wanita
aku di anugerahkan dengan kelembutan bukan kekasaran
aku di anugerahkan dengan kesabaran walaupun di himpit kehidupan
aku di anugerahkan dengan penuh kasih sayang walaupun sering di khianati

hanya...kerana aku seorang wanita...
inginkan kejujuran bukan kepalsuan
inginkan kebahagian bukannya penderitaan
ingin dihormati bukan dikasari
ingin di sayangi bukan di lukai...

Ini Adalah Jeritan TAngisan Saat KAu HAWA Di SaKiti ...

Kepada kaum hawa, semoga dapat hikmah dlm puisi ini..Walaupun kita lemah tapi kita harus "tegar" dengan pelbagai masalah.  
Karena Nabi Muhammad saw Memuliakan Wanita Sholehah ..amien

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...