BidTraffic ( Gaji Untuk Blogger) - Click & Join

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha







Hari Raya Korban bila? 
Kalau ikut kalendar Islam, kita sambut pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.


Sejarah Hari Raya Korban:
Peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail a.s di kawasan padang pasir tandus. Di situlah tempat semua umat Islam menunaikan haji dalam memenuhi rukun Islam yang ke lima iaitu Mekah.

Berbalik kepada zaman sekolah rendah agama dulu, ustazah ajar, Hari Raya Korban ni untuk kita mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s atas sebab memenuhi tuntutan Allah s.a.w tanpa rasa curiga.

Nabi Ismail a.s berkata, "Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar. (As-shafaat : 102) 

Kemudian, Allah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kambing biri-biri. Itulah bukti bahawa Nabi Ibrahim a.s rasa cintanya kepada Allah tidak berbelah bahagi.


Semoga kita menyambut perayaan ini dengan menghayati kisah di sebaliknya. Selamat hari raya Aidil Adha semua..maaf zahir batin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...