BidTraffic ( Gaji Untuk Blogger) - Click & Join

Wednesday, March 9, 2011

Semak saman melalui SMS...


KEMUDAHAN MAKLUMAN SAMAN TRAFIK MELALUI “SAMAN ALERT”

Empunya kenderaan akan dimaklumkan secara terus melalui SMS apabila kenderaan mereka dikenakan saman trafik oleh Pihak Polis. Kemudahan yang telah dilancarkan pagi tadi oleh Pengarah KDNKA Datuk Mustafa Abdullah. akan memaklumkan melalui SMS kepada empunya kenderaan yang melanggan dengan kemudahan ini.

Kemudahan “SAMAN ALERT” merupakan satu lagi initiatif yang dihasilkan oleh PDRM bersama dengan DAPAT Vista (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat penyedia apliksi mobil untuk agensi kerajaan.

Kewujudan kemudahan SAMAN ALERT ini, ialah untuk memberi peringatan secara automatic kepada empunya kenderaan apabila kenderaan mereka dikenakan tindakan saman. Empunya kenderaan akan sentiasa peka mengenai tindakan saman yang telah diambil terhadap kenderaan mereka dimana sahaja mereka berada.

Proses makluman maklumat saman melalui SMS ini sudah pasti akan memudahkan empunya kenderaan membuat pembayaran keatas saman yang telah dikenakan dengan kadar segera, ianya juga mempermudahkan empunya kenderaan berurusan dengan pihak Polis jika dirasakan terdapat kesilapan yang berlaku terhadap tindakan saman yang telah dikenakan keatas kenderaan milik mereka.

Kemudahan Saman Alert ini juga memberikan kemudahan kepada syarikat dimana syarikat akan diberitahu secara automatik apabila kenderaan milik mereka dikenakan saman. Ini amat penting kerana terdapat saman yang dikenakan kepada pemandu tidak diberitahu kepada syarikat sehinggalah sampai satu tahap dimana jumlah saman yang terkumpul sampai kepada jumlah yang besar.

Dengan adanya kemudahan ini pihak syarikat boleh memastikan pemandu membayar saman yang telah dikenakan keatas mereka sebelum mereka meninggalkan syarikat.

”Kami gembira untuk bukan sahaja menawarkan bantuan kepada PDRM malah juga perkhidmatan untuk orang awam kerana dengan membantu PDRM menyimpan dan mengemaskinikan data secara mudah untuk diakses, kami juga dapat membantu berjuta-juta pemandu dan pemilik kereta untuk meredakan kebimbangan saman trafik mereka dengan mudah dan ringkas pada bila-bila masa.

Kos langganan yang akan dikenakan adalah 50 sen, dan kos penghantaran bagi setiap saman yang dihantar adalah 50 sen.

* * * * *

Untuk melanggan kepada kemudahan ini, pengguna hanya perlu menghantar SMS kepada pihak Polis seperti arahan berikut:

POLIS SAMAN [no kereta] ON

dan hantar ke DAPAT | 32728

* * * * *

Untuk menghentikan langganan kepada kemudahan Saman Alert ini, hantarkan SMS seperti berikut:

POLIS SAMAN [no kereta] OFF

dan hantar ke DAPAT | 32728

* * * * *

Pihak syarikat juga boleh mengarahkan makluman saman ini dihantar kealamat email mereka, ini adalah untuk memudahkan proses penyelarasan dan dokumentasi kerana ianya boleh dicetak untuk rujukan.

Untuk arahan makluman saman dihantar ke alamat email arahannya adalah:

POLIS SAMAN [no kenderaan] ON [alamat email]

dan hantar ke DAPAT | 32728

* * * * *

Untuk menghentikan makluman penghantaran maklumat saman ke alamat email, taip:

POLIS SAMAN [no kenderaan] OFF [alamat email]

dan hantar ke DAPAT | 32728


klu x nk langgan...just tiap POLIS SAMAN [No Plate] dan hantar ke DAPAT / 32728





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...